‘copy paste’ item
Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari
ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis
amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu
moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat,
pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang
wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi
tipu daya Iblis.
Tidak
semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka
pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua
muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan
berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina
ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih
dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan
kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya
adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan
perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi
kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke?
Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya.
Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak
diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di
dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik
pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar
hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat.
Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study
Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam
gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun
berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk
berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan
sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik
sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada
keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak
adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis
kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula .
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah
Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada
kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau
dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak
wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan
berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.
Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah
manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah
jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa
naluri atau nafsu.
Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta
secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab
kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam
menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih
baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin,
ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah
: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai
kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu
mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin
akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin
hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai
kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa
yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada
seekor nyamuk sekalipun!
Masih
ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.
Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan
kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah
memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari
keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan
Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain
boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan
diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri
pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan
isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya
apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan
zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita
Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita
tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal
hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya
dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan
watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi.
Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila
merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu
dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh
berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat
penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.
Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi,
perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan
adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi
merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika
tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada
hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai
kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan
bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang
diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat
keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua
itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta
yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah
sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu
daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini
sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke,
motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan
zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang
bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang
menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya
ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau
begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara
kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang
berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi,
orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan
orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari
Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah
pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati…..
Apa
ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana
ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah
hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil
seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk
anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk
berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan
murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu!
Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand
sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi
ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan
mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir.
Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya!
Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang
memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah
telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu
masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta
mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat
redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana
taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat
yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi
diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan
sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami.
Saatnya adalah selepas ijab kabul.