Archive for March, 2007

petue (untuk yang sape x terase die tue)

Friday, March 9th, 2007

Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
            penyakit
            

 

            

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

            

 

            

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
            gelisah,

            

lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

            

 

            

MENERANGKAN PENGLIHATAN

            

 

            

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati
            iaitu melihat

            

pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
            orang/barang yang

            

disayangi dan melihat buah (dedaun).

            

 

            

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa
            alas

            

(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka
            (masam), banyak

            

menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

            

 

            

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

            

 

            

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang
            cahaya) iaitu

            

berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa
            ilmu dan

            

banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah
            bersinar iaitu

            

menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

            

 

            

PERASAAN BENCI

            

 

            

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki,
            berdusta dan

            

suka mengadu domba.

            

 

            

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

            

 

            

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu
            Qiyamullai (beribadah

            

di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
            waktu sahur

            

(masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di
            waktu pagi dan

            

petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di
            waktu pagi,

            

sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

            

 

            

KEFAHAMAN DAN INGATAN

            

 

            

Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman
            iaitu

            

sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang
            kepala), hati

            

sedih dan fikiranrunsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya
            daya

            

ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan
            sedikit

            

minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak
            serta

            

mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

juz a post..dats all

Friday, March 9th, 2007

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang
Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat
jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya Yang
Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang
Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah
Rumah
Sementara Menunggu
Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah
SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
Buaian
Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan
Al-Quran.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu
membaca
Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat
malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang
menjadi
hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai
penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa
ilaha
illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan
kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.