back 2 scholl…
Saturday, August 26th, 2006aaaa…x best balik skola…
bla3…kene denga org beleter la..
hape la….
huhuhu..
xsempat nk jumpe kwan2 pueh2..
dh msok penjare balik..
huhuhu
sayonara~
aaaa…x best balik skola…
bla3…kene denga org beleter la..
hape la….
huhuhu..
xsempat nk jumpe kwan2 pueh2..
dh msok penjare balik..
huhuhu
sayonara~
assalamualaikum kepada pembace yang tersesat ke ‘dimensi’ pemikiranku ini..
urm…24.8.2006…..
satu tarikh yang ditunggu2 oleh hamba..
nak kate special..xde ar celebrate papepon..
hua3~ tapi ari ni hamba jumpe MEMBER LAME balik siot!!!
rindu3..mmg betol kate jpah dlm blog nye ‘..x sabar2 nak jumpe membe lame..’
hari itu (24.8) bermula dengan pembikinan kerja skola yang mmg la x pnah aku cube siapkan dengan sedaye upaye..
huhuhu..utk memendekkan cerite yang sedia ade pendek ni..maka ehsan pon sampai dengan kerete "evo 7", ditemani membe ‘tok janggut’ (zaed)
huhuhu..pengembaraan bermula dengan bismillah..maka kereta itu meluncur maju tanpa masalah..trus ke shah alam…
actually mission ari ni nk pi jalan2 kat skola ngan rumah cikgu..
suuuuupppp…trus sampai rumah azfar..muehehehe..isi ‘minyak’ dulu jap….
setelah berborak2 kosong di rumah azfar..perjalanan diteruskan…
palnanning nk jumpe team Jpah kat esso Sg.buloh…
dlm perjalanan mmg member2 x henti2 menceritekan pengalaman masing2..
hua3..seronok2 mendenga cerite2 yang meniti di bibir membe2ku..
setelah sronok2 tawaf sg.buloh…maka bertemulah kami dengan esso yang serba permai..
maka berlakulah kisah jejak kasih live dari sg.buloh…
huahuaua….
complete 1 team..
japz, laloq, azfar, janggut, ehsan kude, amin, kahlifah JN….
maka pelayaran pon bersambung la ke sepintar yang ‘kucing taik’…
huhuhu…seperti mane yang kami kenal..suasane di SEPINTAR mmg x panh berubah..
kepanasan kadangkala mencecah suhu sepertimana di gurun gobi…
aroma ’sepintar’ yang mmg special..x pnah2 hilnag dari tempat tu..
sayang seribu kali sayang..
kunjungan kali ini tidak disambut dengan junior2 dan guru2 dek cuti sekolah yang masih ‘berlangsung’..
huhuhu3…
ingat dh nk buat kepale dh kat skola tu..
pejabat..klas..asrama semue kosong…
niat nk vandalisme mmg membuak2!
tpi pakguard yang dulu mmg umpama ‘kawan baik’ kitorang..
tibe2 menyergah….!!!
‘..kenape kamu msok skola x isi dalam borang huh?!kamu x ble..bla3….."(petikan dari kate2 pakguard tue)
kami akur dengan kuase seorang pak guard…
ingin kitorang turun je dari tingkat 3…
‘..aik ape kebende depan bilik guru???..la…siap dh ade kaunter temu janji cikgu huh?!..’
pergh mmg gempak la pengetue baru ni..ideologi die berjaye menyerap msok dalam skola tu!!!hambe rase semue staf dalam tu dah kene brain wash dh..(alhamdulillah nasib la x kene era pengetue baru…mmg ******)
huhuhu…pade pendapat hambe..era kejatuhan sepintar dh bermula..x tau la camne nk rivive skola kucing taik tu…smue cikgu berkaliber dh berambus..yg tinggal pun hanye dpt memastikan bahawa skola x mndpt tangge tecorot je..
sedih~
huhu..xpe3 our journey haven’t ended yet…
so treus la kami meronde2 bandar country homes…(target-rumah cikgu hasni)
hu3..dlm keseronokan perjalan..tibe2 jpah membuat keputusan dengan menjalankan idea geniusnye..memanggil cikgu ESA~(nightmare!!)
hahaha3..sengal2 jpaz…
xpo la..sesampainye kat sane..kitorang telah disambut oleh cikgu sejarah yang sentiase bertenaga sepanjang mase~
huahua3..berceloteh2 sambil dihidangkan kopok n’ pizza..
huhu langkah kanan betol.!
mimpi2 yang kami ingat hanya mainan menjadi kenyataan!!!
cikgu esa sampai!
oh no..~
dengan spek hitamnye…
mmg tarra tahan la cikgu..
die pon start la buat gaye ‘bbiase’..
semue membe aku tahan gelak je…(mmg malang la cikgu esa bile die pikir die dh ckop bgos~)
bia jela cikgu esa tu..kami just layan diri je time tu..
(skip2 kene potong cite..kalo x panjang sangat)
ok la kitorang pon trus drive ke rumah cikgu SU (our ADD math master)
thanx to cikgu hasni, lpas ni sure kitorang dtg lagi (sdap wo mkn kat sane!)
cikgu Su yang bru born a baby..bru 20 hari…
huhuhuu3..
pantas btool mse bergerak..
smue org dh berubah..cikgu SU pon same..
huhuhu..msing2 layan nostalgia time tu..
mmg sdih la…(tringin gile nk repeat f4!!!)
waaaa…..
lpas tu..kitorang pon balik la…pi rumah amin jap..(asar blom lagi ma~)
huhuhu…(sayu2 lagu perpisahan nyanyian sudirman berkumandang)
after we all done with our pray…smue dh start split up..
first anta pah ngan khalifah kat komuter…(amin dh sdih dh time ni)
Vroom~tata amin….
lpas anta due eko kude (prangai due2 eko-pah ngan wan-h mmg x ble bla)
perjalanan diteruskan ke shah alam..
huhu3..ni mmg gaye brani mati la pandu kete..
paham2 la KL busy camne waktu ptg..tambah2 sesat..kah3
sesat trus msok ampang indah…
lek2 jam dh tunjuk pkol 830..(kantoi la maghrib kami)…
huhuhu..lpas solat n’ mkn2 kitorang pon sambung jln pi shah alam..
akhirnye berjaye juge sampai (dh pkol 11.30 mlm dh~)
hua..sian gile la kat ehsan (minyak+tenage kene abih sie2 4 kitorang..thanx ehsan)
perjalanan diteruskan nk anta aku..
hahaha~tpi yang ni lagi gile skit..sampai sesat kat KLIA..
keene patah blik pi bangi…pastu anta aku kat umah..
hua~sdih gile nk brambus do~
sayonara ma frens..
ni la cuti yang pling relax aku ade..pasni x ble lagi buat gini..
huhuhu3~
Terdapat sebuah kapal karam di tengah laut kerana
dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang
lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan
berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua
orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus
dilakukan.
Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang
dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui
doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka
sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi
dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri
berseberangan di dua sisi pulau tersebut.
Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar
diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat
sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di
sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat
tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian,
lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan
untuk berdoa agar diberikan seorang isteri.
Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan
satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang
wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat
lelaki A itu tinggal.
Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap
saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke
satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan
makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja,
semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan
lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal
agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.
Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal
tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A
tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan
siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu.
Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang
tinggal di sisi lain pulau.
Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak
menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak
pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat,
lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema,
"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada
di sisi lain pulau ini?
"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya
doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini.
"Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan.
Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."
"Kau salah ! " suara itu membentak tinggi
"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu
doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak,
maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "
"Katakan padaku " tanya lelaki A itu.
"Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya
harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "
" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan! "
Gambaran Syurga Menurut Al-Quran
Bahan Ilmiah Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali.
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.
Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
"Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13) Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim). Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
| Kisah Selehai Bulu Mata |
assalamualaikum kepada sape2 yg sudi membace…
rindu didefinasikan sebagai perasaan yang masih terpaut kepade sesuatu kisah/bende/orang dll yang telah lepas mahupun sedang berjauhan..
tetapi..arini aku x mo la ckp psl definasi,cth dan sebagainye..
tetapi perasaan yg sangat X(infiniti) rindu pade susane yang agaknye x mungkin aku dpt rase balik..(ya ALLAH harap boleh la~)
em..this is actually secebis perasaan yang ingin ku tayangkan di layar elektronik ini..
sebagai satu renungan..(hope there are no hurt feeling erk?!)
pejam celik2..tadaaa..~dah sampai pon mid sem (CUTI!!!!)
selama itu aku hidup ditempat yang baru..
sentiase mencuba utk mensesuaikan diri (x penah berjaye pon…
)
tensen..streess..geram..sakit hati..inila mood2 yang hidup mekar kat ‘QALBUN’ku
namun aku menyembunyikan perasaanku disebalik topeng muke 0.5 riyal..
mmg buhsan la hidup kat tempat baru ni..
hari2 kene layan mcm budak kecik..
lantas aku mencipta dimensi aku sendiri…
dimana aku sahaje berkuase..
seperti mane dikawasan aku yang sebelom ini..
kawan2ku…~
pelbagai ragam..
ntah la..ari2 bole bikin pening sama gua.~
ade yang skema,lantang,x betanggungjawab..
huhuhu~meluahkan perasaan plak aku ni..
tpi semue manusia tu mmg x perfect..
x ble buat papa la..
aku rindu susana dulu..
rakan2 mmg mcm adik beradik..
mata aku juge ‘bebas’ hinggap dimana2~
tiada batasan..
bukan seperti skarang..
terkurung dipenjara…yg dicipta berasaskan prinsip sosial dan kebebasan..
aku juga rindu..
pada bacaan2 yang bermain2 ditelinga ku..
zikir2 munajat,ayat2 suci alquran,tazkirah yang membina dan membawa keinsafan..
aku jua rindu..
pada teman2 prep ku..
yang mencipta susana belajar..
yang tidak mungkin dapat kubina disini..
gelak ketawa..menyulami ketekunan dan keinginan yang tinggi untuk berjaya..
tetapi bukan dibumi yang baru ini..
penuh dengan ragam..kononnya kesan dari peningkatan kedewasaan..
aku rindu pada guru2ku..
yang mempunyai semangat yang waja..
sanggup menemani anak murid mereka..
hingga ke pukul 12 malam..
diputus asa mencurahkan ilmu,walaupun anak muridnya beulang2 kali melakukan kesilapan yang sama..
aku jua rindu susana didalam bilik dorm..
penuh dengan gelak ketawa…
menghilangkan rasa stress yang berpaksi di serebrum ku….
donat,fit,mat nor(****),faiz ram(spe***r),belalang,salman khan..
semue budak2 dormku yg mmg sporting la..(tabik spring!!)
tapi semue nostalgia ini sudah berakhir..
dunia baruku ini penuh dengan cabaran serba mendatang..
sudah tiba masanya aku synchronize dgn tempat baru ini…
ya ALLAH hu ya rabbul izzati…
hambamu yang lemah ini memohon dengan penuh kehinaan..
agar KAU berikan ku kekuatan..
seumpama NABIMU ketika berda’wah..dimana ditentang dan dicabar dari segenap arah..
berikanku jua kesabaran seumpama KEKASIHMU yang tidak jemu2 meneruskan perjuangan..
berikanlah aku jua keimanan..walaupun tidak mungkin mencapai sama tahap dengan UTUSANMU..cukuplah sekadar dengan para mereka yang engkau janjikan JANNATUL FIRDAUS sebagai balasan..
amin..~