sebaik2 raja dan tentera~
Saturday, June 17th, 2006*SULTAN MUHAMMAD AL FATIH*
**
*HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE*
*Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq; *
**
*"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera……"
*
*Hadis riwayat Imam Ahmad*
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut.
Walau
bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di
antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman
Kerajaan
Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang
sahabat
besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan
di
bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.
Apabila
ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
"Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja
yang
akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan
Constantinople
nanti". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh
Sultan
Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang
tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan
tentera-tenteranya sehingga disebut
*"sebaik-baik raja"** dan "sebaik-baik tentera"* di dalam Hadis
tersebut.
*PENGENALAN *
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan
Turki -
Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah
bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut
sebagai *"sebaik-baik
raja"* di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran
*Muhammad
Al Fatih* dan *Muhammad The Conqueror* kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama
30
tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan
panglima
tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda
mangkat
pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda
mangkat diracun.
*PENDIDIKAN *
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam
bidang
keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari
keturunan
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula,
Baginda
diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh
panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan
ulung di
zamannya yang *fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin,
Greek,
Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
*Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan
Murad II,
dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah
melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.
Dalam
usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
**
*KEPERIBADIAN *
Baginda sentiasa bersifat *tawadhu’ dan rendah diri* . Semasa membina
Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat
batu
dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama
bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas
dan
kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan
selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
*PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE*
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda
juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang
dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai
untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam
besar
yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari
dibina
di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople
di
mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan
dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina
oleh
Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal
yang
melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak
Wallachia,
Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang
nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang
bagi
membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding
kubu
Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat
berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam
bersolat
di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah
kesunyian
alam.
*MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE*
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan
kepada
Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan
kota
tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota
tersebut
hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak
tetapi
dinding tengahnya masih teguh.
**
*Menara Bergerak*
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih
tinggi
dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera
Byzantin
berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding
tengah
kubu mereka.
*Bantuan Dari Pope Vatican*
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan
senjata
dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi
untuk
menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat
tentera
Bizantin.
*Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung*
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan
dengan
kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn.
Ini
adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas
gunung dan
kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini
diakui
sebagai
*antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia*
oleh
para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil
dinding
pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan
meriam
Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil
kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya
serta
mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa
kepada Allah swt.
*Memanjat dan Melastik Dinding Kota *
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu
dengan
tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit
pihak
Byzantin
menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya
berundur
dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
*Karisma Seorang Pemimpin*
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah
menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.
Pada
saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,
"Wahai
tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu
syahid
ikutlah aku!".
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda
mengetuai
sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu
musuh
lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid
setelah
dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu
bertali
arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah
Allahu
Akbar.
**
*Penawanan Constantinople*
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda
menukar
namanya kepada *Islambol (Islam keseluruhan)*. Gereja Besar St Sophies
ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan
tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah
Baginda diberi gelaran *"Al Fatih" *iaitu yang menang kerana
kejayaannya
membebaskan Constantinople.
*SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA*
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan
siapa
yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya
termasuk
dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh
hingga
sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada
seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka
pernah
meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga
kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian
daripada
tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh
hingga
ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam,
sila
duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih
sendiri.
Baginda *tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib
dan
Solat Tahajjud sejak baligh* . Inilah dia anak didikan Syeikh
Shamsuddin Al
Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh
Rasulullah
saw di dalam Hadisnya itu.