Archive for January, 2006

just some good stuf…

Tuesday, January 17th, 2006
xanAssalamualaikum Dan The Duck Walking With Bag



Hanya Ingin Mengingatkan …


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Pencil Draw

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ….. Exclaim

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.



(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya …)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Potato Walking
 
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
 
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Cartoon Family Of Strawberries Bounce
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:
 
1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.

ATAU …
 
2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah,redha
Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
 

Babies Love Hearts Floating
Wassalam.

unforgetable day..!!!

Sunday, January 15th, 2006

herm..
that day…
middle year exam…last paper…hurm..add math…
but thats not the one i want to talk about..
but…i want to talk about that night…(maybe we
can all it morning)…
herm…
the most wonder-fool,historical,unbeliveableand
unforgetful night…!!!
………………………………………………
ok la..
BM lak..
siang tu add math…mmg sakit kepale gile..
hehehehe
mlm tu ade match..very wonder ful match..
liverpool vs ac milan…(final match champion’s
league)…..
mende tu start kol baper tah…2.30 kot..
hehehe….
so mlm tu…
kami..(aku +member)
telah merancang mission ..diketuai en.ridwan..
bekas komando shah alam yg bersara…
utk memecah masok bilik tv..dan elakkan dari
disedari UKosim our sempoi warden..
hahahahahaha…
ditambah kesusahan…esok sambutan hari guru
seperti yg dijanjikan..
the time have arrive…
para penyokong liverpool dan ac milan..
dibawah satu bumbung….
melihat sebuah tv tanpa ape2 sound..
senyap..
x mo kantoi..!!!!
dipendekkan story….
lepas first half..
3 gol bolos digawang liverpool…jaringan maldini
and crespo..!!!
maka..ramailah para penyokong liverpool murtad..
lari dari menyokong…
namun tanpa disedari…
mase second half..
liver bangkit..dimulai jaringan kapten..steve gerard..
membangkitkan semangat anak buah utk trus
berjuang…
diikuti tendangan padu smicer..dan penalty xabi
alonso…dida hanye tergamam…
hanye dlm 10 minit..
mungkin bagi pare bukan pro..
ini perkara biase..
tetapi..
bayangkan…ni final..the best team..
isk..
x caye2…
malah kejutan ditambah..dengan double save mr
dudek
ade yg memberikan gelaran aksi tu..
the hand of pope(gelaran ‘the hand of god’ telah
diambil oleh maradona time final argentina vs
england piala dunie)…
time penalty lak…
dudek telah mengikut skill penjage gol liverpool
terdahulu..(ketike final champion league 20 tahun
lepas)
and..thats why i called this the most unthinkable
night…
liverpool menang..
hahahhahahahahahahahahaha…….
liverpool fans all shuot out..
mengejutkan Ukosim dari mimpi indah
(tapi rasenye die pon tengok dlm umah pasal die
ade skali kate kiasan membeyangkan mende tu)
hahahaha..
maka..dgn mate bengkak aku bersame member
meraikan hari guru…
dan keesokan harinye…..
paper..front page.."KOP win the title"…
hahahaha….
memandangkan hari tu balik bermlm..
aku and member(krg pasti antara wan or zarif)
men’vendalisme" skola…
org semue balik awal..
kitorang yg ‘rajin’…
menamppal poster2 liverpool disetiap klas..(poster
diambil pade paper ari tu)
hahahahahaha….

so pade sape yg kelas die kene..
sorry bebanyak…
kami over x-cited je..
hehehehehe..

the end…………………….

beware..!!

Friday, January 13th, 2006

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu…"

"Baik permainan kedua…" begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnyaMusuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan…"

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka

akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…" Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA… MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM�AMIIINN… Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR!!!!

petue..!!!

Friday, January 13th, 2006

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan:

       1. Makan daging
       2. Memakai haruman
       3. Kerap mandi
       4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

       1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
       2. Selalu cemas
       3. Banyak minum air ketika makan
       4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata:

      1. Duduk mengadap kiblat
      2. Bercelak sebelum tidur
      3. Memandang yang hijau
      4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata:

      1. Memandang najis
      2. Melihat orang dibunuh
      3. Melihat kemaluan
      4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

      1. Tidak banyak berbual kosong
      2. Rajin bersugi (gosok gigi)
      3. Bercakap dengan orang soleh
      4. Bergaul dengan para ulama

  EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

herm…

Wednesday, January 11th, 2006

>   …"sesungguhnya aku menyintaimu … andai kau cintai-Nya lebih
>daripadaku"… (ehem…..)
>
>   KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih
>tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade, aku lantas
>menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga
tersasar
>haluan di pekan Aberystwyth itu.
>"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang
minggu
>dalam musim bunga.
>
>"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang
melitupi
>wajah pucat. Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo
>matang. Kehairanan mungkin.
>
>"Baru tiba?!"
>
>"Emm…!!"
>
>"Dari mana?"
>
>"Tel Aviv!"
>
>Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan. Namun, kami
cepat-cepat
>berlakon selamba. Seperti tidak ada apa-apa. Walaupun sebenarnya di
antara
>aku, Firman dan Akashah dengan gadis itu seperti langit dengan bumi.
>Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada
itu.
>Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus aku melunasi kerak
kebencian
>terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.
>
>"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!" ada nada merayu
simpati
>dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth
>untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun.
>
>Aku hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. Dia Yahudi
>totok, musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu
jauh
>beza bangsa, budaya, apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam
>kitab-kitab utama. Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti
bumi
>Palestin yang terbakar.
>
>Aku melaksanakan tugas kemanusiaan, tanpa mahu berlama-lama mengiringi
>sekujur tubuh yang membawa> jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya,
aku
>segera beredar, sambil membuang segala ingatan tentangnya. Minta
dijauhkan
>daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan
>keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan
diplomatik
>dengan negaraku.
>
>Tidak kuduga, dia tinggal sekolej denganku. Ah, kebetulan. Waktu makan
>malam hari berikutnya, aku disapa dari belakang. Malah dia mendesak
aku
>untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan daripada
terjahan
>mata galak senior. Aku yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat
untuk
>didampingi.
>
>"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur. Aku
teragak-agak
>menerima salam perkenalan itu. Aku berasa diperhatikan oleh seribu
mata,
>terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanah air
>seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di
>Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.
>
>"Saya Firdaus!" aku menyambut salam perkenalan itu. Tidak manis tidak
>menerima salam orang lain. Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan
agama.
>Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi
totok.
>Aku lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku masih belum dapat
menerima
>bahawa aku akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.
>
>Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu. Aku tidak mahu bertemu
lagi
>dengan gadis bermata biru itu. Sepanjang malam aku terbayang kerakusan
>serangan di Ramallah. Aku terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna
bumi
>Nablus dan Jenin. Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat
yang
>terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga
meruntuhkan
>pertahanan terakhir. Yang ti! nggal hanya kamar sempit, terlalu sempit
bagi
>seorang yang bergelar pemimpin negara.
>
>Esoknya, dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu
petang
>dia memintaku menghantarnya ke Queen’s Avenue. Aku tidak dapat
menolak.
>Petang itu kubawa dia melalui Portland Street, Bath Street sehingga ke
>Queen’s Avenue. Aku mula merasakan sesuatu.
>
>"Abigail…!
>
>"Panggil aku Girl…!"
>
>"Tidak perlu aku.."
>
>"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"
>
>"Maksudku…"
>
>Hilang. Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku meluahkannnya. Aku tidak
mahu
>berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan. Sebenarnya
aku
>
>sedang bermusuh dengannya. Aku tahu yang dia cukup mengerti tentang
itu.
>Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa aku beragama ! Islam,
>datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
>
>"Aku sayang kamu Fir…!"
>
>"Ti.. tidak! Tidak mungkin…!"
>
>"Cinta tidak mengira agama Fir…!"
>
>"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya…"
>
>"Siapa kata tidak?!"
>
>"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini…!"
>
>Dalam tidak mahu itu, aku semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia
>sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat
>Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. Aku semakin terpengaruh
dengan
>musuh itu. Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh
dalam
>selimutku sendiri.
>
>Aku perlu bertindak pantas. Aku berpindah dari Student Village di
Pentre
>Jane Morgan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan
Bay.
>Biarpun kucekalkan hati, aku sebenarnya mula berasa kehila! ngan
seketika.
>Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.
>
>"Kaulari daripada aku Fir?"
>
>"Tidak! Tidak Girl. Cuma aku…"
>
>"Kaumembenci aku! Hanya kerana aku Yahudi,"
>
>"Susah… susah untuk kuterangkan kepadamu,"
>
>"Fir, aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi. Tetapi aku
manusia
>biasa seperti kamu, seperti Firman dan Akashah. Di Tel Aviv aku
menyertai
>pertubuhan antikeganasan. Kautidak boleh membuat generalisasi terhadap
>aku!"
>
>"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan, Girl.
Tidak
>lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"
>
>"Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!"
>
>Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis
berambut
>perang itu. Aku buntu, tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan
>perasaan ini. Aku ! tidak harus menyerah.
>
>Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. Aku akan
menyelesaikan
>pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang
ke
>tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang
>kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat
>kubohongi hati dan perasaanku.
>
>Akhirnya, saat yang kunantikan tiba juga. Setelah dua tahun aku
berdepan
>dengan musuh keturunan dan agama, aku menunggu saat untuk berangkat.
>Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya
ramai
>kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian
komputernya.
>Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di
bumi
>Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku.
>
>Dia Yahudi totok. Yahudi tetap Yahudi. Aku tidak mahu bersubahat lagi
dalam
>perkara ini. cukuplah. Aku hanya menantikan saat untuk pulang. Dia
tetap
>musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia aku semakin sayang
kepadanya.
>
>"Fir, boleh kukatakan sesuatu kepadamu…"
>
>"Katakan Girl. Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!"
>
>"Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"
>
>Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti
disumbat
>kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan
>apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. Aku ingat
ketika
>pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh.
Ramai
>yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil aku akan
membawa
>balik seorang gadis Yahudi totok.
>
>"Itu sesuatu yang sangat mustahil, Girl,"
>
>"Aku sudah buat keputusan…!"
>
>"Itu keputusan kamu, bukan aku!"
>
>! >
>"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"
>
>"Buat apa?"
>
>Soalan itu tidak terjawab. Aku masih diserang kegugupan yang serius.
Dalam
>hati ini, aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula
memuja
>wajah
>
>lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya dan semua yang ada
pada
>dirinya. Akan tetapi aku masih mampu bertahan. Ini soal besar,
membabitkan
>negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci.
>
>Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku.
>Beberapa musim yang lalu, aku sering bersama Girl berjalan dari kampus
>University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas
minit
>dalam keadaan biasa. Tetapi aku dan Girl akan mengambil masa yang
lebih.
>Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya
yang
>hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami
>berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan
>Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan.
>
>Sering juga aku dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North
Beach,
>mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria
>Terrace di hujung sebelah utara. Atau kami berpeleseran di stesen bas
di
>Alexandra Road. Semuanya menjadikan aku dan Girl seperti sepasang
kekasih.
>Tetapi dia tetap musuh kepadaku. Aku tidak harus percaya dengan mudah
>segala kata manisnya.
>
>"Aku serius Fir…!"
>
>"Maksud kamu Girl?"
>
>"Aku mahu terus berada di sampingmu…"
>
>"Hanya untuk itu?"
>
>"Tidak Fir! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi
keadaan
>tidak mengizinkan!"
>
>"Sukar untuk kupercaya, Girl!"
>
>"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu Fir,"
>
>Mata birunya kulihat basah. Tangisan itu masih meragukan hatiku.
Benarkan
>dia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu
>memerangkap aku, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang
sejarahnya.
>Adakah aku akan tewas dengan air mata itu.
>
>Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen
>sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih
merayu
>aku dengan permintaan yang sama. Akan tetapi aku terpaksa bertegas,
>walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung, seperti baru selesai
solat
>ketika aku ke kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk
>memerangkap lawan.
>
>Ketika aku mula bertugas di ibu kota, aku mula mendapat surat
elektronik
>daripada Girl. Dalam e-melnya, dia masih merayu agar aku berbuat
sesuatu.
>Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya aku
memberikan
>kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv.
Katanya
>dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan aku masih tidak
>percaya.
>
>Dua tahun selepas aku pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus
>berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila aku membuka kotak
e-mel, aku
>terperanjat dengan isi kandungannya.
>
>Fir, aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun aku sedar kau
seorang
>yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku hormat
>pendirianmu. Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke
tanah
>air. Aku tidak menyalahkanmu. Kini aku sebenarnya sudah berada di
tanah
>tumpah darahku sendiri. Maafkan aku Fir. Halalkan segala kenangan kita
di
>tanah Aberystwyth. Seperti yang kujanjikan padamu, aku sudah berhijrah
dan
>akan terus berhijrah.
>
>
>Untuk e-mel terakhir ini, aku nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa
aku
>benar-benar mencintaimu. Selamat tinggal Fir. Akan kubawa cinta suciku
>hingga mati.
>
>Dariku,
>
>Habibah Firdaus Abdullah @ Girl
>
>Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News
>Network. Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya
>dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja
>rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang kukenali.
>Abigail yang benar-benar telah berhijrah.
>
>Malam itu juga aku berzikir panjang, bertahlil seorang
>
>diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku.
>
>Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka
>yang syahid….